Wednesday, April 09, 2008

FREEDOM AT LAST - BLACK 14 - 14 APRIL 2008


All are welcome to BLACK 14, the day freedom is restored.


The time is near for the demise of the uncaring, ineffective, inefficient and corrupt BARISAN NASIONAL government, and the awakening of the new dawn era with DATUK SERI ANWAR IBRAHIM, who will head our government with Pakatan Rakyat and will finally UNITE our multi-racial Malaysians with peace, harmony and prosperity.

1 comment:

Bulan Penuh 2012 said...

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan pejuang dalam PKR, yang telah berjaya mendapatkan publisiti percuma di media2 arus perdana beberapa hari ini. Sebagai seorang yang pernah melalui kegetiran peristiwa kekejaman regim BN, saya bersyukur kerana Black 14 yang disambut pada tahun ini dapat kita raikan dalam keadaan yang terang-benderang. Terima kasih juga kepada YAB TSKI selaku Pengerusi Kelab Sultan Sulaiman KL yang telah membenarkan veneu ini digunakan.

Saya kesal dengan kenyataan Ketua Polis KL, yang mempersoalkan perhimpunan ini sebagai haram dan tidak berpermit. Sepatutnya di zaman rusuhan dan tunjuk perasaan kembali menjadi budaya Umno selepas PRU12, pihak polis mereformasikan diri mereka dan menhentikan perbuatan mengkastakan rakyat.

Sepatutnya pihak Polis bertindak secara independen dan mengelakkan diri dari diperalatkan. Saya rasa perhimpunan pada malam ini akan disabotaj untuk memburuk2kan imej PKR dan Pakatan Rakyat. Tetapi harus diingat tindakan ini mungkin akan memberi tamparan hebat kepada BN dalam PRU13 nanti.

Orang2 Umno tidak perlu risau dengan perjumpaan ini, malah saya fikir lebih baik mereka turut sama menyertainya sebagai latihan untuk mereka menjadi pembangkang di peringkat Federal tidak lama lagi. Umno Penang, Kedah, Perak, Selangor dan WP boleh datang beramai-ramai untuk memahami dan berkongsi petua dengan para pejuang2 PKR.

Jika ini dapat dilakukan maka saya menjangkakan Umno dapat mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung untuk mengadakan sesuatu tunjuk perasaan. Jika kini mat2 rempit boleh disuap dengan RM50 untuk merusuh, saya bimbang 5 tahun lagi harganya naik 10 kali ganda. Keadaan ini tentunya akan menyukarkan KJ untuk mengumpul dana untuk tujuan ini nanti.

Berbalik kepada Black 14, saya meminta maaf kepada rakan2 pejuang kerana tidak dapat bersama atas urusan2 yang perlu diselesaikan di Jerman (bukan pasal ladang babi!). Saya akan bertolak malam ini melalui S'pore. Selamat meraikan Black 14. Lawan tetap lawan!

noontimesilence@yahoo.com
http://bulanpenuh2012.blogspot.com